1. DIALOG DENGAN YB MENTERI PENDIDIKAN

Presiden mewakili BUDIMAN mengemukakan 3 cadangan dalam sesi dialog dengan YB Menteri Pendidikan pada 16.11.2018 di DECTAR UKM.

 

2.CENDERAMATA UNTUK DR. SITI NOR AMALINA

AJK Budiman Dr Siti Nor Amalina dikurniakan cahayamata yang ke-3 dan kini kembali bertugas dengan wajah ceria dan gembira. Dr. Normarini menyampaikan cenderamata bagi pihak BUDIMAN. Tahniah daripada BUDIMAN.

3. ZIARAH BUDIMAN KE RUMAH DR. MANA SIKANA

– Tarikh:  16 Nov. 2018

Tiga orang ahli Budiman iaitu Abdul Halim Ali, Khalid Ismail dan Abdul Halim Ibrahim berkesempatan menziarahi Dr Mana Sikana di kediaman beliau di Bandar Baru Bangi. Kami tiba pada jam 7.30 malam dan terus disambut oleh Dr Mana yang kelihatan ceria dan sihat. Kemudian kami dijamu dengan mee kari dan macam-macam juadah. enak sekali.

4. Pada 21.11.2018 BUDIMAN Mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Prof. Dr. Hatta Shahrom, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP yang baharu.

5. MALAM APRESIASI PUISI KEMANUSIAAN BUDIMAN-PALU 2018

Dianjurkan oleh Persatuan Penulis Budiman Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pelajar Indonesia UPSI pada 5.12.2018 bertempat di Atrium FBK, UPSI. seramai 150 peserta hadir terdiri daripada pelajar Indonesia UPSI, pensyarah FBK, UPSI, penyair Budiman, pensyarah Indonesia dari UIAM dan kolej Masha. Pengisian program ialah bacaan puisi, tayangan montaj, pelancaran tabung kemanusiaan dan pelancaran antologi puisi.

BENGKEL PEROLEHAN MANUSKRIP SIRI 1

Anjuran Bersama: Persatuan Penulis Budiman Malaysia dan Bahagian Penerbitan Bumu Umum, DBP, KL.

4-9 September 2019

Bilik Seminar, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris.