SEJARAH

Persatuan Penulis Budiman atau nama ringkasnya BUDIMAN ditubuhkan pada 23 Januari 2010  (Sabtu) dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Penajaan di Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Idea penubuhan ini diilhamkan oleh saudara a.halim ali, seorang penyair dan juga seorang pensyarah kesusasteraan di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa. Mesyuarat jawantakuasa penajaan persatguan ini turut dihadiri oleh Dr. Azhar Wahid, Ghazali Din, Mohamd Bukhari Lubis, Hasrina Baharun, Taj Rijal Mohamad Romli, Ariff Mohamad, Mohd Johari Abdul Hamid, Profesor Abdul Hamid Mahmod, Siti Noorisa Abd Jalil dan beberapa orang  lagi individu yang trerdxiri daripada pensyarah dan pelajar UPSI.

Matlamat utama penubuhan persatuan ini ialah untuk meneruskan usaha membangun mengembangkan dan memajukan serta memperkasakan persuratan Melayu di negara ini menerusi pelbagai kegiatan.

Serentak dengan penubuhannya pada 23 Januari 2010, satu majlis diskusi karya kreatif telah diadakan iaitu diskusi novel `Kiblat Mawadah` karya Hasrina Baharum dan kumpulan puuisi `Nyanyian Alam` oleh Ihsan Norazali. Aktiviti berikutnya turut dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti  Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Bahasa Melayu dan Pejabat Penyandang Kursi Tun abdul Ghafar Baba UPSI.

Persatuan ini diterajui oleh satu jawatankuasa yang terdiri daripada Dr. Abdul Haim Ali (a.halim ali) sebagai Ketua 1, Dr.Azhar Wahid (Ketua II), Hasrina Baharum (Setiausaha I), Ariff Mohamad (Setiausaha II) dan Ismail Man (Bendahari). Manakala Ahli Jawatankuasanya terdiri daripada Ihsan Noorazali (Ghazali Din), Taj Rijal Mohamad Romli, Prof. Madya Dr. Talib Samat dan Mohd Zawawi bin Jahya

KETERANGAN REKABENTUK LOGO PERSATUAN

Logo PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA berteraskan falsafah persuratan mendokong kemurnian ilmu dan menyebarluaskannya untuk manfaat manusia sejagat. Hal ini dizahirkan menerusi tiga komponen iaitu:

  1. perkataan BUDIMAN berwarna hitam dengan keterangan nama penuh di bawahnya,

  2. buku berwarna putih di atas nama BUDIMAN, dan

  3. empat kelopak warna hijau muda dan hijau gelap terletak teguh di atas buku dengan kelopak terbuka ke atas sebagai lambang kepelbagaian ilmu dan persuratan yang didokongi persatuan.

Warna hitam pada tulisan BUDIMAN bermaksud kesejahateraan dan ketulusan dalam kegiatan.

Warna putih pada buku (atas perkataan BUDIMAN) bermaksud ilmu persuratan yang benar dan bermanfaat,

warna hijau gelap pada kelopak sebelah kiri bermaksud tahap ilmu dan aktiviti persuratan tinggi;

warna hijau muda pada tiga kelopak tengah dan kanan bermaksud tahap ilmu dan aktiviti persuratan yang pelbagai.